Saturday, August 20, 2011

Resepi Rendang Kerang oleh Haezreena Begum

Resepi Rendang Kerang

Bahan A

2 biji bwng merah
5 ulas bwng putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (kalau tkde 2 sudu kecil kunyit serbuk)
2 sudu besar cili bo atau cili kering yang telah dikisar (ikut kesesuaian)
3 batang serai

Kesemua bahan - bahan ini diblender atau ditumbuk lumat

Bahan B

Kerang 2 kilo
Santan 1 biji (pekat)
Kerisik 1 peket
Asam keping 5 hingga 7 keping
Garam
Serbuk perasa (jika nak)
2 helai daun Kunyit
Daun limau purut 7 hingga 9 helai (optional)

Cara Memasak

Masukkan bahan - bahan A dan goreng smpai pecah minyak dan naik bau. Kemudian masukkan santan pekat dan masukkan kerang dan kacau, masukkan kerisik, asam keping, garam dan serbuk perasa (jika nak). Terus kacau dan gaul smpai kuahnya pekat. Carik - carik daun kunyit dan masukkan dalam rendang dan masukkan daun limau purut.

Boleh dimakan bersama nasi atau roti.

Resepi ini juga boleh digunakan untuk memasak rendang daging dan ayam.
(cuma tambahkan bawang merah dan serai)

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment